Monday, 7 November 2016

Penginapan

Kali ini saya ingin berkongsi tempat penginapan yang menarik yang terdapat di negeri Johor.

Legoland Malaysia Resort

Hotel Legoland Malaysia Resort dicalonkan sebagai Hotel Terbaik di negeri Johor Bahru kerana menawarkan penginapan yang berkualiti tinggi untuk keriangan cuti bersama keluarga di Johor Bahru. Hanya 35 km dari kawasan bandar. Setiap bilik juga dihiasi dengan tema-tema khusus yang berkaitan dengan lego dan cerita animasi untuk kanak-kanak. Hotel ini juga menawarkan kolam renang luar dan kilam renang kanak-kanak

Hotel Mutiara Johor Bahru


Terletak di Taman Century, Johor Bahru. Hotel ini amat sesuai untuk anda kerana kedudukannya tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan tambak ke Singapura. Hotel ini juga terletak bersebelahan dengan Holiday Plaza, sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru.

Hotel Thistle Johor Bahru

Hotel terbaik di Johor Bahru ini terletak di pusat bandar dan hanya beberapa minit dari Singapura. Hotel Mewah 5 bintang ini menyediakan 381 bilik di mana 125 daripadanya terdiri daripada bilik eksekutif mewah dengan pemandangan Selat Johor. Bilik hotel ini bercir moden dan lengkap dengan kemudahan seperti Health Club yang memiliki dua kolam renang terbuka, dua gelanggang tenis, bilik loker berasingan bagi lelaki dan perempuan.

Aseania Resort Pulau Besar

Dikelilingi dengan lagun-lagun yang jernih. Aseania Resort Pulau Besar menawarkan chalet yang tenang dengan pemandangan taman atau laut yang terletak di taman laut. Kemudahan yang terdapat di sini termasuklah kolam renang dan wifi percuma di lobi. Tetamu juga boleh menerokai kawasan sekitar pulau dengan menaiki basikal atau menyertai lawatan dari pulau ke pulau. Aktivit barbeku juga boleh disediakan. Untuk sampai ke resort tetamu boleh menaiki kereta dari Lapangan Terbang Senai ke Jeti Mersing yang mengambil masa 3 jam. Pulau ini terletak hanya 13 km dari Jeti Mersing.




Saturday, 5 November 2016

Aktiviti Menarik

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang terdapat di Negeri Johor. Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang menarik yang dapat dilakukan bersama orang yang tersayang.

Scuba Diving

Antara tempat-tempat yang menyediakan aktivit scuba diving adalah Pulau Sibu, Pulau Rawa Pulau Dayang dan Pulau Aur.

Parasailing

Tempat yang menyediakan aktiviti ini adalah di Pantai Desaru.

Wind Surfing

Kawasan yang menyediakan aktiviti ini adalah di Pulau Rawa.

Jungle Trekking

Bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti jungle trekking anda boleh mengunjungi Pulau Pemanggil yang terletak di negeri Johor.

Menunggang Kuda

Untuk mereke yang ingin menunggang kuda anda boleh mengunjungi UK Agro Farm. Selain itu, aktiviti lain yang terdapat di sini adalah memanah dan anda juga boleh melawat ladang cendawan.

Hiking

Antara lokasi yang sesuai untuk mereka yang gemar melakukan aktiviti pendakian adalah Gunung Ledang. Gunung ini juga mempunyai pelbagai kisah misteri.








Makanan Menarik di negeri Johor

Seperti di negeri lain, Johor juga mempunyai keunikan makanannya yang tersendiri.
Berikut merupakan makanan yang menarik yang terdapat di negeri Johor:

Mee Rebus Hj Wahid

Mee rebus Hj Wahid merupakan mee rebus yang terkenal di negeri Johor. Wak Baidali telah mula menjual mee rebus ini pada tahun 1918 dan anaknya Hj Wahid telah mengambil alih perniagaannya pada tahun 1938. Kini mee rebus Hj Wahid mempunyai beberapa cawangan di JB dan Putrajaya.
Kuahnya yang pekat antara sebab ramai pengunjung menggemari mee rebus ini.

Anjung Senibong Seafood


Bagi mereka yang ingin menikmati makan malam dengan suasana 'open air' anda boleh datang ke restoran ini. Pelbagai hidangan laut terdapat di sini. Terletak di Kampung Senibong, Permas Jaya, Johor Bahru. 

Medan Steamboat Lotun Van

Bagi mereka yang ingin menikmati hidangan secara santai di JB, salah satunya adalah Medan Steamboat Lotun Van yang terletak di Dataran Bandaraya, Johor Bahru. Apa yang menarik adalah setiap peniaga berniaga menggunakan van lotun yang mempunyai pelbagai corak dan tarikan masing-masing. Selain steamboat terdapat juga pelbagai jenis makanan lain. Antaranya ialah bakso, rojak, otak-otak dan sebagainya.







Tempat-tempat Menarik di negeri Johor

Negeri Johor antara negeri di Malaysia yang menawarkan kepelbagaian destinasi yang boleh diterokai, bermula daripada laut yang indah, hutan paya bakau, taman tema yang menarik dan pelbagai lagi tarikan yang ada. Terletak bersempadan dengan Singapura antara sebab Johor antara destinasi yang popular di kalangan pelancong asing. Jadi entry kali ini saya menyenaraikan kawasan-kawasan perlancongan lain yang menarik untuk dilawati sekiranya anda datang ke Negeri Johor Darul Takzim, jadi jom lihat senarai tempat-tempat perlancongan menarik yang ada di Johor.

Tempat-tempat Menarik Di Negeri Johor

Pantai Desaru

Pantai yang popular dalam kalangan warga Johor Bahru dan juga orang Singapura. Mempunyai beberapa hotel dan resort yang sesuai untuk percutian bersama keluarga. Aktiviti seperti jetski, parasailing dan kereta kuda juga turut tersedia.

Pulau Sibu

Pulau Sibu terdiri daripada beberapa buah pulau lain seperti Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus dan Pulau Sibu Hujung. Aktiviti yang terdapat di sini adalah menyelam dan snorkeling.

Pulau Rawa

Sebuah pulau di Mersing, Johor yang popular dengan keindahan hidupan marin dan terumbu karangnya. Destinasi terbaik untuk scuba diving dan snorkeling. Aktiviti lain yang terdapat di sini adalah wind surfing, berkayak dan juga berkanu.

Pulau Kukup

Pulau ini hanya 1 km dari Tanah Besar Johor dan merupakan pulau yang dipenuhi dengan hutan paya bakau dan spesies-spesies haiwan paya bakau. Pulau Kukup juga merupakan antara hutan paya bakau yang terbesar di dunia yang masih kekal asli. Pengunjung boleh ke sini dengan menaiki bot di Jeti Kukup.

Zoo Johor

Merupakan salah satu Zoo yang tertua di Malaysia yang dibina pada tahun 1928. Terdapat lebih 100 spesies haiwan dalam dan luar negara termasuk spesies yang diancam kepupusan.

Ladang Burung Unta

Tarikan haiwan yang sangat unik yang berada di Pengarang, Johor yang menempatkan burung-burung unta dan beberapa aktiviti menarik seperti menunggang burung unta dan memberi makan burung unta, melihat telur burung yang besar dan belajar proses penetasan burung unta.

Taman Buaya

Sebuah taman buaya di Kota Tinggi yang menempatkan lebih 1000 ekor buaya dan telah beroperasi sejak tahun 1979.

City Square Johor Bahru


Sebuah pusat beli belah yang moden dan menjual pelbagai jenis barangan. Foodcourt di sini juga merupakan antara lokasi yang sering dikunjungi oleh pengunjung untuk menjamah selera.

Air Terjun Kota Tinggi

Sebuah air terjun yang popular dalam kalangan warga JB dan juga Singapura. Terdapat juga kemudahan asas yang lengkap serta kolam buatan dan gelongsor untuk kanak-kanak.

Gunung Ledang

Sebuah gunung yang mempunyai pelbagai kisah misteri dan menjadi destinasi untuk mereka yang suka mendaki. Terletak berhampiran dengan sempadan negeri Melaka dan Negeri Sembilan.

Legoland Malaysia
\

Sebuah tempat pelancongan di Johor yang paling popular. Terdapat banyak hiburan dan permainan untuk kanak-kanak. 

Masjid Negeri Sultan Abu Bakar

Masjid yang berusia lebih satu dekad dan terletak di Pantai Lido dan mempunyai senibina dari negara Mesir. Sesuai untuk mereka yang suka kepada kesenian dan kebudayaan.

Desaru Fruit Farm

Ladang di Desaru yang sebesar 100 ekar menempatkan pokok buah tropika dan tanaman sayuran lebih dari 100 jenis. Anda boleh membeli buah dan juga mempelajari tentang penanaman pokok-pokok buahan tempatan di sini.










Wednesday, 2 November 2016

Peta Negeri Johor dan Agensi Pelancongan

 
 
Peta Negeri Johor
 
 
 
 
 


Company Profile

The Company:FAITH TOURS & TRAVEL SDN. BHD.
Company No:98657 H
Date of Reg: 14 March 1983
Address: 85, Jalan Keris, Taman Sri Tebrau, 80050, Johor Bahru, Johor, Malaysia.
Telephones: 07-333 4718 / 332 4718
Faxes: 07-331 6271 / 333 2718
Business Activities: Ticketing, Inbound & Outbound Tours, Group/Individual/Free & Easy Tours, Golf Tour, Corporate Tour, Worldwide Hotel Reservations, Air-cond Coach / Combi Rental, Limousine Service, travel with Star Cruise, Umrah & Ziarah Packages and Visa Services.
Capital: Paid Up - RM 300,000.00 , Authorized - RM 500,000.00
Management: Kim Ah Nyuk / Goh Siew Choo