Kali ini saya ingin berkongsi tempat penginapan yang menarik yang terdapat di negeri Johor.
Legoland Malaysia Resort
Hotel Legoland Malaysia Resort dicalonkan sebagai Hotel Terbaik di negeri Johor Bahru kerana menawarkan penginapan yang berkualiti tinggi untuk keriangan cuti bersama keluarga di Johor Bahru. Hanya 35 km dari kawasan bandar. Setiap bilik juga dihiasi dengan tema-tema khusus yang berkaitan dengan lego dan cerita animasi untuk kanak-kanak. Hotel ini juga menawarkan kolam renang luar dan kilam renang kanak-kanak
Hotel Mutiara Johor Bahru
Terletak di Taman Century, Johor Bahru. Hotel ini amat sesuai untuk anda kerana kedudukannya tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan tambak ke Singapura. Hotel ini juga terletak bersebelahan dengan Holiday Plaza, sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru.
Hotel Thistle Johor Bahru
Hotel terbaik di Johor Bahru ini terletak di pusat bandar dan hanya beberapa minit dari Singapura. Hotel Mewah 5 bintang ini menyediakan 381 bilik di mana 125 daripadanya terdiri daripada bilik eksekutif mewah dengan pemandangan Selat Johor. Bilik hotel ini bercir moden dan lengkap dengan kemudahan seperti Health Club yang memiliki dua kolam renang terbuka, dua gelanggang tenis, bilik loker berasingan bagi lelaki dan perempuan.
Aseania Resort Pulau Besar
Dikelilingi dengan lagun-lagun yang jernih. Aseania Resort Pulau Besar menawarkan chalet yang tenang dengan pemandangan taman atau laut yang terletak di taman laut. Kemudahan yang terdapat di sini termasuklah kolam renang dan wifi percuma di lobi. Tetamu juga boleh menerokai kawasan sekitar pulau dengan menaiki basikal atau menyertai lawatan dari pulau ke pulau. Aktivit barbeku juga boleh disediakan. Untuk sampai ke resort tetamu boleh menaiki kereta dari Lapangan Terbang Senai ke Jeti Mersing yang mengambil masa 3 jam. Pulau ini terletak hanya 13 km dari Jeti Mersing.
No comments:
Post a Comment