Tempat-tempat Menarik Di Negeri Johor
Pantai Desaru
Pantai Desaru
Pantai yang popular dalam kalangan warga Johor Bahru dan juga orang Singapura. Mempunyai beberapa hotel dan resort yang sesuai untuk percutian bersama keluarga. Aktiviti seperti jetski, parasailing dan kereta kuda juga turut tersedia.
Pulau Sibu
Pulau Sibu terdiri daripada beberapa buah pulau lain seperti Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus dan Pulau Sibu Hujung. Aktiviti yang terdapat di sini adalah menyelam dan snorkeling.
Pulau Rawa
Sebuah pulau di Mersing, Johor yang popular dengan keindahan hidupan marin dan terumbu karangnya. Destinasi terbaik untuk scuba diving dan snorkeling. Aktiviti lain yang terdapat di sini adalah wind surfing, berkayak dan juga berkanu.
Pulau Kukup
Pulau ini hanya 1 km dari Tanah Besar Johor dan merupakan pulau yang dipenuhi dengan hutan paya bakau dan spesies-spesies haiwan paya bakau. Pulau Kukup juga merupakan antara hutan paya bakau yang terbesar di dunia yang masih kekal asli. Pengunjung boleh ke sini dengan menaiki bot di Jeti Kukup.
Zoo Johor
Merupakan salah satu Zoo yang tertua di Malaysia yang dibina pada tahun 1928. Terdapat lebih 100 spesies haiwan dalam dan luar negara termasuk spesies yang diancam kepupusan.
Ladang Burung Unta
Tarikan haiwan yang sangat unik yang berada di Pengarang, Johor yang menempatkan burung-burung unta dan beberapa aktiviti menarik seperti menunggang burung unta dan memberi makan burung unta, melihat telur burung yang besar dan belajar proses penetasan burung unta.
Taman Buaya
Sebuah taman buaya di Kota Tinggi yang menempatkan lebih 1000 ekor buaya dan telah beroperasi sejak tahun 1979.
City Square Johor Bahru
Sebuah pusat beli belah yang moden dan menjual pelbagai jenis barangan. Foodcourt di sini juga merupakan antara lokasi yang sering dikunjungi oleh pengunjung untuk menjamah selera.
Air Terjun Kota Tinggi
Sebuah air terjun yang popular dalam kalangan warga JB dan juga Singapura. Terdapat juga kemudahan asas yang lengkap serta kolam buatan dan gelongsor untuk kanak-kanak.
Gunung Ledang
Sebuah gunung yang mempunyai pelbagai kisah misteri dan menjadi destinasi untuk mereka yang suka mendaki. Terletak berhampiran dengan sempadan negeri Melaka dan Negeri Sembilan.
Legoland Malaysia
Sebuah tempat pelancongan di Johor yang paling popular. Terdapat banyak hiburan dan permainan untuk kanak-kanak.
Masjid Negeri Sultan Abu Bakar
Masjid yang berusia lebih satu dekad dan terletak di Pantai Lido dan mempunyai senibina dari negara Mesir. Sesuai untuk mereka yang suka kepada kesenian dan kebudayaan.
Desaru Fruit Farm
Ladang di Desaru yang sebesar 100 ekar menempatkan pokok buah tropika dan tanaman sayuran lebih dari 100 jenis. Anda boleh membeli buah dan juga mempelajari tentang penanaman pokok-pokok buahan tempatan di sini.
No comments:
Post a Comment